(Malay version)

Assalammu’alaikum dan salam sejahtera,

Adsense.. Sudah ramai yang memperkatakan tentang program ini. Ada yang menyambut baik dan ada juga yang berkata tidak kepada adsense. Ada sesuatu yang menarik di dalam adsense yang belum diterokai sepenuhnya. Saya cuba singkapkan apa yang terdapat di dalam adsense ini.

Apa sebenarnya yang dikatakan dengan adsense ini?

Adsense merupakan satu program yang memberikan pendapatan pengiklanan dari setiap halaman di dalam blog anda. Setiap iklan yang dipaparkan di dalam blog anda mempunyai nilai yang memberikan pendapatan kepada anda. Apa yang menariknya adalah setiap kali pelawat mengklik pada iklan tersebut, anda akan mendapat hasilnya. Hasil yang anda perolehi ini bergantung kepada niche atau keyword yang anda telah pilih.

iklan adsense

Bagaimana hendak memulakan adsense?

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina blog. Blog yang paling popular pada masa ini ialah blogger dan wordpress. Untuk newbie saya menggalakkan anda berdaftar di blogger kerana blogger mesra kepada adsense dan enjin pencari.

Selepas mendaftar anda bolehlah pos artikel berbahasa inggeris di dalam blog anda itu. Lakukan beberapa hari sehingga blog anda mesra dengan enjin carian.

Setelah anda pos artikel anda selama beberapa hari, anda boleh cuba mendaftar adsense anda di google adsense. Anda perlu tunggu kelulusan dari google selama 24 - 48 jam sebelum menggunakan kod adsense yang tersedia.

Apabila anda berjaya mendaftarkan akaun google adsense, anda boleh memasangkan kod adsense di mana-mana blog yang anda bina. Blog-blog yang terbina perlulah disebarkan di internet untuk mendapat pengunjung laman. Gunakan teknik-teknik pemasaran internet secara berbayar atau percuma untuk mendapatkan pengunjung. Pengunjung-pengunjung ini merupakan aset penting untuk mendapatkan klik daripada mereka.

Anda tunggu sahaja hasilnya. Hasil adsense akan menjadi besar sekiranya anda berjaya membawa ramai pengunjung ke blog anda.

Apa tip-tip yang utama perlu diamalkan?

Yang paling utama di dalam adsense sentiasa ikut terma dan syarat google adsense. Akaun anda akan di ban seumur hidup jika anda melanggar terma dan syaratnya.

Yang kedua, ingat di dalam diri sentiasa memberi KOMITMEN, USAHA dan RAJIN untuk mendapat pendapatan yang berganda dengan adsense. Tiada ketiga-tiga itu, adsense tidak berguna.

Yang ketiga, gunakan teknik-teknik yang tidak melanggar terma dan syarat google.

Yang keempat, sentiasa cuba dan mencuba mengkaji teknik-teknik yang boleh meningkatkan pendapatan adsense anda.

Sebenarnya, adsense ini amat mudah. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk menggunakannya dan hanya menggunakan adsense ini untuk memulakan modal perniagaan anda. Menarik bukan. Apa yang penting anda perlu menyediakan MODAL USAHA + KOMITMENT + RAJIN = MODAL $$$.

Rita NM

Penulis Ebook Rahsia Tersembunyi Adsense